Tuesday, March 19, 2013

Semangat Yang Hilang
















Beginilah kehidupan seorang usahawan. Kadang kala semangat datang mencanak tetapi adakalanya semangat hilang dibawa angin rutin. Kadangkala aku terfikir bahawa seorang usahawan yang berjaya akan menangkis segala halangan yang membawa kepada kurangnya semangat dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Tanpa semangat, akan kuranglah keyakinan, bila kurang yakin semua semangat untuk berbisnes pada awal-awal dulu hilang entah ke mana.

Aku yakin korang pun begitu jugak. Terdapat pelbagai alasan untuk tidak meneruskan tetapi cuba bawa bertenang dan bersabar. Ingat kembali sewaktu mula-mula kita mengambil keputusan untuk menceburi bidang network marketing ini. Pada masa tu semangat toksah cakap lah. Memang meremang bulu roma bila semangat tu diluahkan dengan kata-kata. Berdentam dentum. Umpama dentuman meriam semasa perang. Cuma lama kelamaan menjadi petas yang dipasang oleh kanak-kanak di malam raya. Bunyinya tak seberapa.

Kepada rakan bisnes network marketing, usah cepat putus asa. Aku pun buntu macamana nak cari prospek. Tapi insyaallah akan menemui jalan keluar. Pinjam kata-kata dari seorang sahabat semasa di Glasgow dulu ' Mesti ada jalan bagi yang terus berusaha. Mesti ada penyelesaian bagi yang terus berdoa'. Lebih kurang gitulah bunyinya. Yang paling penting kita takkan berhenti untuk 'terus berlari'.

No comments:

Post a Comment