Sunday, March 24, 2013

Tiada Istilah Give-Up

 

Aku masih begini. Belum bertindak agresif untuk menyebarluaskan lagi empayar perniagaan monavie tetapi aku takkan berhenti. Aku akan tetap meneruskannya kerana aku yakin akan potensi monavie yang belum begitu berkembang dengan pesat di Malaysia. Berkali-kali aku cuba menerangkan kepada rakan-rakan yang aku kenal mahupun tidak kenal. Masing-masing buat tak tau je. Aku tidak give-up. Mungkin mereka tak berapa yakin dengan monavie yang boleh (dengan izin Allah) membebaskan diri dari belenggu kewangan.

"Susahlah nak ajak kawan-kawan ke OPP doc" keluh aku kepada Dr. Zul. Doktor pakar sakit poket yang juga merupakan rakan niaga aku. "Kau tak usah bimbang, org declined memang perkara biasa" ujar beliau. "Janji kau jangan berhenti, teruskan walaupun lambat sebab kita sekarang sedang teguhkan group kita. Kita masih di peringkat tanam cerucuk monavie di Malaysia. Bangunan masih belum dibina" katanya panjang lebar. Aku mengangguk tanda setuju dengan hujahnya.

Kami rasa bertuah kerana sekarang ini setiap kali talk pada hari Rabu dihadiri oleh seorang lagi jutawan monavie, Le Roy yang juga kawan rapat speaker, Lizaimi Lihin. Beliau tidak lokek untuk memberikan cara-cara yang betul dan juga semangat kepada kami semua untuk terus maju dalam bisnes monavie. Bergaya memandu Merc CLK beliau dan parking sebelah rakannya, Audi. Aku terus berimpian untuk mendapat kereta yang mewah macam mereka. Mestilah kena berimpian, betul tak. Itulah yang diajar oleh mereka kerana bila sesesai impian akan ada pelan tindakan bagaimana untuk merealisasikan impian tersebut.

"Doc, aku balik dulu. Insyallah jumpa next week" aku memberitahu Dr. Zul. "Ok, kalau ada apa-hal contact aku. Minggu depan jumpa lagi" ujar beliau. Memang group kami aktif dan sentiasa berhubung antara satu sama lain bagi membina networking. Hampir tiga bulan dalam monavie group, aku dapat kawan-kawan dari pelbagai latarbelakang. Semuanya bercampur dari doktor, manager, kontraktor, buruh, posmen dll. Masing2 atas platform yang sama, monavie bagi mendapatkan kebebasan kewangan bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment