Tuesday, April 30, 2013

Fakta-Fakta Menarik Tentang Monavie


Mungkin ada yang tertanya-tanya apa perbezaan Monavie dengan syarikat2 Network Marketing yang lain. Pada dasarnya Monavie tidak berbeza dengan syarikat lain yang telah lama wujud, melainkan rekod2 atau pencapaian jangka masa singkat Monavie dalam industri ini.

Saya berbesar hati untuk berkongsi dengan anda, satu peluang perniagaan yang sangat hebat bersama Monavie, sebuah syarikat antarabangsa yang telah memecahkan hampir semua rekod dalam sejarah networking. Begitulah hebatnya Monavie.. :)
Kenapa Mesti Pilih MONAVIE??
  • Pengiktirafan dari pakar perubatan dan pemakanan
  • mendapat Utah Genius 2011 Award
  • Syarikat yang bertaraf Multi-billion
  • Pengiktirafan dari majalah Inc500 sebagai syarikat yang paling pantas berkembang
  • Tersenarai di tempat PERTAMA dalam kategori makanan dan minuman
  • Tempat ke-31 dalam kategori pendapatan
  • Syarikat kukuh dan mampu membayar bonus untuk semua pengedarnya
  • Testimoni produk yang mengagumkan dari seluruh dunia
  • Banyak cerita kejayaan yang mengujakan
  • Pendapatan usahawan Network Marketing tertinggi di dunia adalah dari Monavie
  • Masih baru diperkenalkan di Malaysia. Masa yang paling tepat untuk bermula.
Hubungi Azari : 0193955197 azari2222@yahoo.com

Monday, March 25, 2013

Khasiat 19 Jenis Buah Monavie

 
ACAI BERRY

Anti Penuaan, Pencegahan Diabetes, Pencegahan Kanser, Merendahkan Kolesterol, Peningkatan Fungsi Seksual, Menggalakkan Pencernaan, Pencegahan Sakit Jantung & Strok, Peningkatan Sistem Keimunan

DELIMA

Menentang Bakteria & Jangkitan Kulat, Pencegahan Serangan Sakit Jantung, Kurang Daya Tenaga, Membentuk Kolagen

BILBERRY

Glaukoma (Penyakit Mata), Pencegahan / Rawatan Artritis Reumatik, Penglihatan Yang Sihat, Pembentukan Kolagen, Buasir

PASSION

Asma, Diuretik Ringan, Infeksi Saluran Air Kencing, Mempergiatkan Kesihatan Jantung

GILOBERRY / WOLFBERRY

Insomnia ( Sukar Untuk Tidur), Masalah Penglihatan, Sengal- Sengal Tulang, Kencing Manis, Penyakit Kulit

BLUEBERRY

Perlindungan Sistem Jantung, Pencegah Kencing Manis, Pengurangan Kolesterol

KIWI

Perlindungan DNA Dari Radikal Bebas, Pencegahan Kanser Kolon/Kanser Kulit, Pengawalan Kolesterol, Kencing Manis

CRANBERRY

Antibiotik Semulajadi (E Coli, H Pylori), Kesihatan Saluran Air Kencing, Prostatitis (Radang Pada Prostat), Anoreksia

APPRICOT

Ketidakseimbangan Tekanan Darah, Penyakit Prostate, Katarak, Strok

PRUN

Kencing Manis, Pengurangan Kolesterol, Merangsangkan Kepadatan Tulang, Pencegahan Kehilangan Daya Ingatan & Penyakit Alzheimer

PEAR NASHI

Sumber Diet Fiber, Vitamin B Kompleks, Penting Untuk Aktiviti Metabolisme

ARONIA

Mengelakkan Kanser, Pencegahan Kencing Manis, Mengawal Penyakit Jantung

CAMU

Camu Berry- Kemunduran Macular, Masalah Gusi, Selsema

ACEROLA CHERRY

Fungsi Jantung Yang Sihat, Hati, Perangsang Sistem Buah Pinggang, Bantuan Berkhasiat Untuk Anemia

PISANG

Tidur Lebih Lena, Penghasilan Kolagen, Melegakan Cirit- Birit, Sembelit

PEAR

Pembersihan Kolon, Merendahkan Tahap Kolesterol, Mengawal Tahap Gula Dalam Darah

LAICI

Mengurangkan Risiko Kanser

ANGGUR PUTIH

Kesihatan Otak, Kulit, Mata, Gastrik, Anti-Bakteria & Virus, Anti-Pengoksidaan

ANGGUR UNGU

Anti-Penuaan, Anti-Infamasi (Radang), Kesihatan Sistem Jantung, Pencegahan Kanser Prost

Kandungan efektif didalam produk ini adalah vitamin, omega 3,6,9 (menyerupai minyak buah kurma), essential fatty acids, dietary fiber, phytonutrients, amino acids/ protein (menyerupai profil telur), complex carbohydrates dan trace minerals.


Sumber : Sini

Sunday, March 24, 2013

Tiada Istilah Give-Up

 

Aku masih begini. Belum bertindak agresif untuk menyebarluaskan lagi empayar perniagaan monavie tetapi aku takkan berhenti. Aku akan tetap meneruskannya kerana aku yakin akan potensi monavie yang belum begitu berkembang dengan pesat di Malaysia. Berkali-kali aku cuba menerangkan kepada rakan-rakan yang aku kenal mahupun tidak kenal. Masing-masing buat tak tau je. Aku tidak give-up. Mungkin mereka tak berapa yakin dengan monavie yang boleh (dengan izin Allah) membebaskan diri dari belenggu kewangan.

"Susahlah nak ajak kawan-kawan ke OPP doc" keluh aku kepada Dr. Zul. Doktor pakar sakit poket yang juga merupakan rakan niaga aku. "Kau tak usah bimbang, org declined memang perkara biasa" ujar beliau. "Janji kau jangan berhenti, teruskan walaupun lambat sebab kita sekarang sedang teguhkan group kita. Kita masih di peringkat tanam cerucuk monavie di Malaysia. Bangunan masih belum dibina" katanya panjang lebar. Aku mengangguk tanda setuju dengan hujahnya.

Kami rasa bertuah kerana sekarang ini setiap kali talk pada hari Rabu dihadiri oleh seorang lagi jutawan monavie, Le Roy yang juga kawan rapat speaker, Lizaimi Lihin. Beliau tidak lokek untuk memberikan cara-cara yang betul dan juga semangat kepada kami semua untuk terus maju dalam bisnes monavie. Bergaya memandu Merc CLK beliau dan parking sebelah rakannya, Audi. Aku terus berimpian untuk mendapat kereta yang mewah macam mereka. Mestilah kena berimpian, betul tak. Itulah yang diajar oleh mereka kerana bila sesesai impian akan ada pelan tindakan bagaimana untuk merealisasikan impian tersebut.

"Doc, aku balik dulu. Insyallah jumpa next week" aku memberitahu Dr. Zul. "Ok, kalau ada apa-hal contact aku. Minggu depan jumpa lagi" ujar beliau. Memang group kami aktif dan sentiasa berhubung antara satu sama lain bagi membina networking. Hampir tiga bulan dalam monavie group, aku dapat kawan-kawan dari pelbagai latarbelakang. Semuanya bercampur dari doktor, manager, kontraktor, buruh, posmen dll. Masing2 atas platform yang sama, monavie bagi mendapatkan kebebasan kewangan bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

Tuesday, March 19, 2013

Semangat Yang Hilang
















Beginilah kehidupan seorang usahawan. Kadang kala semangat datang mencanak tetapi adakalanya semangat hilang dibawa angin rutin. Kadangkala aku terfikir bahawa seorang usahawan yang berjaya akan menangkis segala halangan yang membawa kepada kurangnya semangat dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Tanpa semangat, akan kuranglah keyakinan, bila kurang yakin semua semangat untuk berbisnes pada awal-awal dulu hilang entah ke mana.

Aku yakin korang pun begitu jugak. Terdapat pelbagai alasan untuk tidak meneruskan tetapi cuba bawa bertenang dan bersabar. Ingat kembali sewaktu mula-mula kita mengambil keputusan untuk menceburi bidang network marketing ini. Pada masa tu semangat toksah cakap lah. Memang meremang bulu roma bila semangat tu diluahkan dengan kata-kata. Berdentam dentum. Umpama dentuman meriam semasa perang. Cuma lama kelamaan menjadi petas yang dipasang oleh kanak-kanak di malam raya. Bunyinya tak seberapa.

Kepada rakan bisnes network marketing, usah cepat putus asa. Aku pun buntu macamana nak cari prospek. Tapi insyaallah akan menemui jalan keluar. Pinjam kata-kata dari seorang sahabat semasa di Glasgow dulu ' Mesti ada jalan bagi yang terus berusaha. Mesti ada penyelesaian bagi yang terus berdoa'. Lebih kurang gitulah bunyinya. Yang paling penting kita takkan berhenti untuk 'terus berlari'.

Thursday, March 7, 2013

Kuasa Minda: Membina diri yang hebat

Kuasa minda. Ia sering diperkatakan oleh sesiapa pun. Kuasa minda bukan bermaksud minda itu mempunyai kuasa, tetapi ia boleh diprogramkan dan diperkasakan agar kita boleh hidup dengan baik.
Minda kita adalah kurniaan Tuhan yang tidak ternilai harganya. Ia umpama sebuah perisian. Sebelum mula berusaha dengan gigih untuk meraih sesuatu sasaran/matlamat, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kita hapuskan virus-virus dalam perisian (minda) kita.
Di antara virus-virus itu adalah:
1. Mudah mengeluh.
2. Suka menyalahkan orang lain, walhal silap sendiri.
3. Sering berfikiran “ini payah, itu susah” dan tidak boleh buat.
4. Kerap membuat alasan.
5. Takut mencuba.
6. Terlalu risau walaupun mungkin perkara dirisaukan itu tidak akan berlaku.
7. Hanya memikirkan masalah.
Sebaliknya, kita install (isi) minda kita dengan pemikiran:
1. Segala cabaran boleh diatasi.
2. Sentiasa ada peluang untuk menyelesaikan sesuatu.
3. Kebanyakan perkara boleh dilakukan, dengan syarat ada ilmu.
4. Fokus pada usaha.
5. Berani melakukan sesuatu usaha yang baik.
6. Yakin dan percaya pada Allah dan diri sendiri.
7. Fikirkan penyelesaian dan jalan keluar.
Kita boleh mengisi minda kita (terutama minda bawah sedar) dengan pengisian yang baik, melalui cara-cara berikut:
  1. Berkawan dengan orang-orang berjaya dan positif.
  2. Membaca bahan-bahan bacaan yang baik, terutama perkataan-perkataan dan ayat yang positif.
  3. Sentiasa mengunjungi tempat-tempat yang baik seperti masjid dan majlis ilmu (kuliah agama, seminar, kursus, …).
  4. “Add” individu yang berperibadi baik di Facebook.
  5. Mendengar kata-kata yang baik seperti ceramah agama dan suntikan motivasi / pembangunan diri.
Tidak dinafikan, membangunkan (develop) sebuah minda yang “hebat” mempunyai cabaran tersendiri. Malah, setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza. Namun itu tidak boleh dijadikan sebagai alasan.
Sebenarnya, cabaran itulah yang akan mematangkan minda dan diri kita. Hayati dan selami setiap ujian yang dihadapi agar kita dapat pelajari sesuatu dan ubah diri dan minda kita sedikit demi sedikit (konsisten).

Sumber : Sini

Tuesday, March 5, 2013

Khasiat Buah-Buahan Dalam Jus Monavie

1. Acai Berry
Acai berry merupakan kandungan buah yang utama didalam jus MonaVie dan telah dikenalpasti sebagai Super Anti-Oksidan yang mempunyai ORAC rating paling tinggi di dunia.
Kajian menunjukkan untuk badan kita kekal sihat kita perlu makan sekurang-kurangnya 5 jenis buah-buahan dan sayuran setiap hari. Adakah anda makan 5 jenis buah-buahan dan sayuran hari ini? Jika jawapannya tidak, bagaimana dengan semalam, minggu lalu, bulan lalu?? Jika perkara ini berterusan, bermakna tubuh kita pasti kekurangan Vitamin! Kekurangan vitamin bermakna sistem pertahanan badan kita akan menjadi lemah, dan senang terdedah kepada penyakit. 
Kajian mendapati warna yang berlainan pada buah berlainan menunjukkan vitamin yang berbeza ada pada buah tersebut. Vitamin yang paling hebat majoritinya berada pada kulit dan biji buah.
Acai berry merupakan kandungan buah yang paling banyak di dalam produk MonaVie. MonaVie adalah hasil gabungan 19 buah-buahan organik yang diproses daripada kulit, isi dan juga bijinya. MonaVie adalah produk makanan kesihatan yang digunakan untuk membantu mengatasi masalah kesihatan seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, masalah pencernaan dan lain-lain

Membantu dan merangsang sistem imun dan metabolisme
Membantu menghalang pembekuan darah
Menjaga kolestrol yang baik dan mencegah penyakit jantung
Membantu mengurangkan berat badan/melawan obesiti
Membaiki sistem penghadaman
Mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan
Memperbaiki penglihatan
Menggalakkan tidur yang lena dan sihat
Meningkatkan tenaga dan stamina
Membina otot
Mencegah dan merawat Alzheimer
Mengandungi anti-allergi
Menurunkan tekanan darah
Menggalakkan kitaran yang lebih baik
Anti-penuaan dan radang
Membaiki fungsi seks
Membaiki penumpuan minda
Amino acid/protein & menyerupai profil telur
Anti oksidan yang tinggi dan berkesan
Membantu melawan Redical bebas
Kaya dengan vitamin, mineral, fitonutrien dan lain-lain.

2. Buah Anggur hijau Buah anggur yang beraneka jenis warna memberi spectrum perlindungan
Anti-Pengoksidaan.
Komponen jus buah anggur dilaporkan boleh mengurangkan
risiko terhadap kanser, strok, sakit jantung dan kehilangan daya ingatan.


3. Buah Anggur Ungu
Buah anggur ungu mengandungi
Resveratrol, sejenis agen Anti-Pengoksidaan yang menentang kanser dengan
berkesan. Jus buah anggur memberikan kebaikan seperti berikut.
Anti-penuaan
Anti-inflamasi
Kelenturan arteri
Kesihatan sistem jantung
Pencegahan kanser prostat
Anti-bakteria / virus
Anti-pengoksidaan
Kesihatan otak, kulit, mata
Kesihatan gastric


4. Buah Prun
Buah Prun merupakan buah plum yang dikeringkan, ia kaya dengan minerals dan polyphenol, mempunyai nilai ORAC yang amat tinggi. Proses pengeringan sebenarnya meningkatkan daya Anti-Pengoksidaan lebih daripada 6 kali ganda. Buah Prun mempunyai daya pemulihan seperti:

Menentang jangkitan 
Penyakit sistem jantung
Pengurangan kolesterol
Kencing manis
Pencegahan kehilangan daya ingatan dan penyakit Alzheimer
Penyakit Diverticular
Pengurangan risiko tanggungan estrogen kanser
Merangsangkan kepadatan tulang
Kesihatan hati
Pembersihan usus perut

5. Camu Camu Berry
Buah Camu Camu berry merupakan sumber Vitamin C semula jadi yang paling kaya di dunia. Kandungannya dinilai sebanyak 30-60 kali lebih tinggi untuk memperkuatkan sistem daya tahanan dan memperbaiki tisu penghubung. Ia didokumenkan mempunyai daya keupayaan sebagai Astringent, Anti-Pengoksidaan dan Emollient terhadap:

Jangkitan virus
Selsema
Kemunduran Macular
Masalah Gusi

6. Buah Kiwi
Buah Kiwi kaya dengan phytonutrients serta plebagai vitamin dan mineral. Ia terkenal sebagai alternatif kepada aspirin untuk mencairkan darah demi perlindungan kesihatan sistem jantung. Kanak-kanak yang mengambl buah kiwi didapati kurang dipengaruhi oleh masalah kesihatan berikatan dengan sistem pernafasan termasuk berdehit, pernafasan pendek dan batuk malam. Buah kiwi biasanya digunakan untuk:

Melindungi DNA daripada radikal bebas
Pengawalan tahap gula dalam darah
Mengurangkan triclycerides dalam darah
Pencegah kanser kolon/kanser kulit/prostate
Pengawalan kolesterol
Menyingkirkan toksin kolon

7. Buah Gojiberry/Wolfberry
Selama beribu-ribu tahun di negeri China, ia dikenali sebagai "Herba Panjang Umur". Ia membekalkan Anti-Pengoksidaan dan polysaccharides, serta menunjukkan peningkatan aktiviti sistem daya tahanan. Sejarah sains telah membuktikan Gojiberry / Wolfberry boleh mencegah:

Keletihan Kronik 
Penyakit Kulit
Sakit kepala
Sakit sendi-sendi / sengal-sengal tulang
Kencing manis
Kerosakkan DNA
Kanser
Masalah Fungsi Seksual
Masalah Pengaliran saluran darah
Insomnia (sukar untuk tidur)

8. Buah BlueberryBuah Blueberry merupakan penjana Anti Pengoksidaan yang berkesan, Perubatan traditional memberitahu kita bahawa Blueberry mempunyai sejarah yang lama dalam penggunaan untuk:
Anti penuaan
Kencing manis 
Keletihan mata
Menentang kanser serviks / payudara
Perlindungan sistem jantung
Peningkatan selera makan
Peningkatan daya ingatan
Menyokong saluran darah
Jangkitan saluran air kencing
Pengurangan Kolesterol

9. Buah Delima
Jus buah Delima mengandungi Anti-Pengoksidaan yang lebih daripada teh hijau, jus blueberry, jus cranberry atau jus oren. Ia amat berkesan untuk membersihkan plak dari dinding dalaman arteri. Ia telah digunakan dalam bidang perubatan selama beribu-ribu tahun untuk:
Strok
Kencing manis
Menentang bakteria & jangkitan kulat
Gangguan tekanan darah
Pelbagai jenis masalah usus
Pencegahan pembekuan darah
Pencegahan serangan sakit jantung

10. Buah BilberryBuah Bilberry mempunyai hubungan rapat dengan blueberry dan ia terkenal dengan daya memperkuatkan kapilari-kapilari mata. Buah Bilberry melambatkan proses kemunduran macular berkaitan dengan usia, rabun malam dan gangguan mata yang berkaitan dengan diabetes. Buah Bilberry mempunyai daya penyembuhan dan kesan pemulihan untuk:

Batu pundi 
Menentang inflamasi
Glaukoma (penyakit mata yang beransur-ansur buta)
Memperkuatkan kapilari
Tekanan darah tinggi
Pembentukan kolagen
Sendi menjadi bengkak
Ketiadaan haid secara abnormal
Pencegahan / rawatan artrities reumatik

11. Buah Laici Buah Laici berasal dari hutan cuaca panas di China Selatan dan juga di Vietnam. Ia telah di pelihara di negeri China lebih daripada seribu tahun. Ia merupakan buah hutan yang digemari oleh orang ramai di negara-negara asia. Dengan setiap 100 gram isisnya, terdapat 72mg Vitamin C. Oleh itu, ia merupakan sumber Vitamin C utama, termasuklah potassium dan pelbagai nutrien lain. Mengambil laici setiap hari kemungkinan dapat membantu mengurangkan risiko kanser dan pelbagai penyakit lain.

12. Buah Pear Nashi 
Pada zaman silam, Buah Pear Nashi hanya disajikan kepada golongan kaya dan bangsawan Cina. BUah Pear Nashi ditanam dan dimakan dari abad ke abad. Asal-usulnya tidak dapat dikaji lagi. Ia dianggarkan telah muncul sekurang-kurangnya 3000 tahun lalu di negeri China. Buah Pear Nashi merupakan sumber diet fiber yang utama, ia juga mempunyai kandungan potassium dan pelbagai mineral utama. Ia mengandungi kira-kira 10% USRDA untuk Vitamin C, dan sari folate yang menjadikan kumpulan Vitamin B kompleks, Vitamin-vitamin tersebut adalah penting untuk aktiviti metabolisme dan penghasilan sel-sel darah merah.

13. Buah Cranberry
Buah Cranberry kaya dengan phytonutrients dan pranthocyanidins (PAC's). Berdasarkan sejarah, Cranberry telah digunakan untuk: 
Menyokong kesihatan gusi
Gangguan pundi hempedu & hati
Prostatitis(Radang pada prostate)
Antibiotik (E Coli, H Pylori)
Anoreksia (wanita mudah hilang nafsu makan kerana takut gemuk)
Kesihatan saluran air kencing
Masalah penghadaman makanan
Masalah penyakit darah
Pencegahan kanser prostate

14. Buah Acerola
Acerola juice is as common and popular in Brazil as orange juice is in North America. As a natural remedy in Brazil, a handful of fresh fruit is eaten for fever and dysentery. It is also used there as an anti-inflammatory, astringent, stimulant for the liver and renal systems, diuretic, and to support heart function as well as to heal wounds. It is employed as a nutritive aid for anemia, diabetes, high cholesterol levels, liver problems, rheumatism, tuberculosis, and during convalescence.
In North America, the use of acerola is mostly based on its high content of vitamin C, which has long been thought in conventional and alternative health practices as a powerful antioxidant.

15. Buah PearPenanaman buah Pear boleh dikesan sejak 3000 tahun di Asia Bara. Ia merupakan pemakanan luar biasa di istana Perancis, Lousi XIV dan pernah dikenali sebagai "Hadiah dari Alam" oleh Homer di epik beliau, Odyssey. Buah Pear kaya dengan perisa, fiber ptassium, polyhenols, Vitamin C & Copper. Levulose, yang merupakan gula semula jadi paling manis terdapat di buah pear jika dibandingkan dengan buah-buahan lain. 
Anti-infeksi/jangkitan
Pembersihan kolon
Mengawal tahap gula dalam darah
Anti-inflamation (Radang)
Membantu metabolisme
Memperbaiki tisu-tisu badan
Merendahkan tahap kolestrol
Mengekalkan kesihatan jantung

16. Buah Aronia
Jus Aronia mengandungi tahap anthecyanins & flavonoids yang tinggi, lima hingga sepuluh kali ganda daripada jus Cranberry, Nutrien yang memanfaatkan ialah Anti-Pengoksidaan, polyphenols, mineral dan pelbagai vitamin yang dipercayai boleh mengelakkan kanser dan penyakit kardium. Buah Aronia mengandungi mineral trace yang penting, ia telah digunakan sebagai pemkanan anti-biotik. Ia juga dilaporkan berguna untuk menentang inflamasi/radang, diabetes, dan masalah pengaliran darah. Ia mempunyai 10 kali ganda kandungan asid quinic buah Cranberry, yang menjadikannya buah yang sesuai untuk menentangi infeksi / jangkitan saluran air kencing.

17. Buah Passion
Buah Passion kaya dengan pelbagai vitamin, mineral dan fiber, termasuk kalsium, magnesium, fosforus, kalium, sodium dan sulfur dan juga vitamin B. Legenda Buah Passion bermulasemenjak 2000 tahun yang lepas. Pada masa kini, kajian perubatan moden telah menggunakannya untuk menggalakkan tidur, menyenangkan kegelisahan dan berkesan terhadap budak yang keterlaluan aktif. Kesan kebaikan sampingan termasuk:

Asma
Diuretik ringan
Infeksi saluran air kencing
Mempergiatkan kesihatan jantung

18. Pisang
Pisang merupakan HANYA satu-satu buah yang bukan dari jenis pokok atau belukar tetapi dari jenis tanaman besar yang merupakan jenis herba besar dan berkaitan dengan jenis tumbuhan lili dan keluarga orkid. Pisang kaya dengan fiber, magnesium, Vitamin-B6, juga terkenal dengan kandungan potassium dan essential electrolyte yang membantu mengawal kimia darah, khasnya keseimbangan pH. Ia telah terbukti bahawa serotonin dan norepinephrine dalam pisang membantu mereka yang menghidapi penyakit tekanan psikologi. Buah Pisang telah dikaitkan dengan:

Tidak tidur lena
Penghasilan kolagen
Mengelakkan penyakit jantung dan kanser
Mengawal tekanan darah
Mempertingkatkan tenaga
Melegakan cirit-birit dan sembelit

19. Buah AppricotBuah Appricot kaya dengan pelbagai agen-agen Anti-Pengoksidaan, fiber boleh larut, beta-carotene, magnesium, zat besi, fosforus, kalium dan vitamin C. Ia termasuk salicylate semulajadi, ramuan utama dalam aspirin. Nutrien yang terkandung dalam buah Appricot adalah terkenal untuk mengelakkan: 
Strok
Kanser
Ketidakseimbang tekanan darah
Kemunduran Macular
Katarak
Penyakit prostate
Penyakit jantung

Monday, February 25, 2013

Ciri-Ciri Bakal Tajaan Berkualiti


CIRI-CIRI BAKAL TAJAAN BERKUALITI 

Semasa anda sedang menjalankan satu tugas yang agak penting dalam MLM ini iaitu menaja, pastikan anda melihat ciri – ciri penting bagi dijadikan sebagai panduan dalam menaja. Ciri – cirinya ialah :-

Suka bergaul dan bersosial

Pastikan bakal tajaan ini (bakal downline anda) adalah daripada jenis yang suka bergaul. MLM iaah perniagaan pergaulan. Produk syarikat dapat di ‘gerak’kan melalui pergaulan. Apabila tajaan anda jenis orang yang umpama kera sumbang, bagaimana perniagaan anda dapat berkembang? Bakal tajaan yang suka bergaul ini adalah umpama ikan bergerak. Iklan dari mulut ke mulut. Anda tidak semestinya perlu menaja ramai orang. Apa gunanya menaja ramai jika tidak berkualiti? Biar taja sedikit dahulu dan pastikan downline anda itu ber'kualiti'. Lama – kelamaan, akhirnya mnejadi ramai juga. Bakal tajaan yang suka bergaul ini, mempunyai banyak peluang dan kesempatan membina perniagaan mereka mengikut prinsip jaringan atau MLM.

Nama tidak buruk

Bakal tajaan anda perlu terdiri daripada orang yang tidak buruk namanya. Apabila anda taja orang yang ada rekod buruk dan bermasalah, nescaya anda akan gagal. Namun begitu, tidak semstinya orang yang pernah melakukan kesalahan itu rekodnya sentiasa buruk. Anda harus peka dengan perkara ini. Saya tidak maksudkan anda tidak boleh taja bekas banduan ataupun penagih dadah.

Rekod buruk masa silam dapat dibersihkan dengan memulakan hidup baru dan sikap baru. Rekod buruk yang saya maksudkan ini ialah rekod buruk semasa. Takkan anda hendak menaja penagih dadah ataupun penjenayah. Jika mereka adalah bekas penagih atau bekas penjenayah yang ingin berubah menjadi baik, itu tidak ada masalah. Anda boleh bagi mereka peluang.

Bermatlamat dalam hidup

Bakal tajaan seperti ini bakal memajukan diri sendiri dan anda. Mereka ini hidup bermatlamat dan berfikiran besar. Biasanya, orang yang bermatlamat dan berfikiran besar ini bertindak mengikut matlamat dan fikirannya. Anda hanya perlu membimbing mereka menuju kejayaan. Matlamat yang di bina bersama – sama diperkuatkan lagi oleh usaha yang berterusan dan bersungguh – sungguh.

Berminat belajar dan memajukan diri
Perniagaan MLM tidak memerlukan kepakaran dan pengalaman. Apa yang perlu ialah minta. Tidak perlu TAHU, yang perlu ialah MAHU. Apabila ada MAHU, maka TAHU akan datang dengan sendirinya.

Bakal tajaan atau prospek yang berminat belajar dan memajukan diri ini sudah pasti boleh meniti kejayaan. Untuk berjaya kita perlu belajar. Apabila ada kemahuan, di situ ada jalannya. Bakal tajaan anda yang gemar menimba ilmu akan menjadi pemimpin yang hebat pada masa hadapan.

Boleh Mengajar

Bagi menggerakkan produk, anda harus ajar downline. Namun geitu, tiada gunanya jika tiada duplikasi. Mereka pula perlu ajar downline mereka sendiri. Ini adalah proses yang berlaku dalam perniagaan MLM tulen. Bakal tajaan yang boleh mengajar, dapat menurunkan segala pengetahuan mereka kepada orang lain. Mereka juga ada sifat – sifat kepimpinan yang baik. Perniagaan MLM akan maju apabila adanya proses belajar dan proses mengajar.

Sukakan Pertandingan

Taja orang yang sukakan cabaran dan pertandingan. Biasanya, orang yang sukakan cabaran ini, memiliki daya tahan yang tinggi. Mereka dapat meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti kerja mereka dari masa ke masa. Pertandingan ini ada baiknya. Melalui pertandingan, mereka dapat berlumba – lumba secara positif bagi meningkatkan prestasi diri.

Kreatif

Manusia ini sungguh unik. Walaupun Tuhan menciptakan manusia dengan elbagai rupa paras, Tuhan juga memberi manusia otak yang cerdas dan kreatif (Creative Quotient). Apabila digabungkan, sudah pasti anda dan ahli kumpulan boleh melahirkan idea yang gila-hila dan hebat-hebat.

Sumber : Sini

Thursday, February 21, 2013

4 GOLONGAN MANUSIA

    

4 GOLONGAN MANUSIA

1. Golongan pertama, Orang yang GAGAL

Mereka adalah orang yang sentiasa mensia-siakan peluang yang diberikan, Mereka sedar akan peluang tersebut dan kehebatan peluang tersebut. Golongan ini pada hakikatnya tidak ada apa yang dilakukan samaada bekerja atau sebagainya. Selesa dengan kesenangan yang orang lain berikan. Semoga kita mohon kepada ALLAH semoga di jauhkan diri manusia yang begini.

2.Golongan kedua – Orang yang BIASA

Mereka adalah orang yang hanya melihat peluang yang hebat berlalu begitu sahaja. Kebiasaannya orang ini adalah orang yang bekerja. Mereke mudah berasa selesa dengan kehidupannya sekarang.. Dengan kata nama lain cukup-cukup makan.. Golongan ini adalah golongan yang paling ramai.

3.Golongan ketiga – Orang yang BERJAYA

Mereka adalah orang yang sentiasa mencari dan mencari peluang untuk memajukan diri sendiri. Tahu akan kekurangan yang dimiliki dam berusaha untuk merubah kehidupan dia dan keluarganya.

4.Golongan keempat – Orang yang HEBAT

Mereka adalah orang yang tidak mensia-siakan peluang, orang yang tidak membiarkan peluang berlalu begitu sahaja dan juga bukan orang yang mencari peluang TETAPI golongan ini adalah orang yang mewujudkan peluang. Bukan sahaja untuk diri sendiri TETAPI ianya turut memberi manfaat kepada orang yang berada di sekelilingnya. Insan sebegini memang sukar untuk ditemui.

Sumber : Wanzul

Friday, February 15, 2013

Presidential Black Diamond

Bagi menaikkan semangat anda sekalian, sila tonton video di bawah.

Kenapa Nak Buat Bisnes Monavie?





Aku tahu mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa nak buat jugak bisnes Monavie walaupun dah ada pekerjaan tetap. Aku rasa tak perlu jawab soalan tu sebab jawapannya ada pada semua orang. Percaya la cakap aku, jawapan ada pada semua orang. Kat bawah nie aku kongsikan jawapan aku sendiri dan relatekan dengan jawapan korang. Mesti sama punya. Kalau berbeza pun tak banyak. Di akhir perenggan nanti anda akan mengangguk tanda setuju jawapan yang dikongsikan oleh aku sama dengan jawapan anda sekalian. Jom check it out:-

1. Pagi yang rushing
Memang pagi-pagi hari bekerja merupakan hari yang penuh dengan rushing. Rushing sebab nak kejar pukul 8 pagi. Kalau masa jadi lecturer dulu best sikit sebab masa agak flex tapi bila dah tukar kerjaya kepada admin nie, masa punch card kena on the dot. Satu minit lambat selama 3 hari dalam sebulan akan menerima surat amaran. Hebat tak hebat? Rushing siapkan anak, mandikan mereka, terjerit-jerit kena mandi pagi-pagi, pakaikan baju dan hantar sekolah. Rushing adalah perkara pertama yang aku tak suka.

2. Bawak moto laju-laju
Bila dah rushing tu mestilah semua benda kena rushing hinggakan aku bawak moto pun macam mat rempit. Dulu bolehlah merempit, sekarang sayang nyawa beb. Kadang-kadang tension betul masa bawak moto. Dah la kebas tangan pulas minyak, trafik light pulak asyik merah je. Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar dah hampir pukul 8 pagi. Setiap hari 7 trafik light kena tempuh. Kalau semuanya merah, merahlah punch card aku. Perkara kedua yang aku tak suka ialah bawak moto laju-laju.

3. Roti dan jem
Memang aku jarang amik sarapan kat rumah waktu pagi sebab tak sempat. Sebelum aku sarapan kat ofis, terlebih dahulu aku sarapan masa bawak moto. Masa jalan jem tu la aku sarapan. Sarapan jem tanpa roti. Yang ada hanyalah jem dan asap kenderaan. Naik moto pun boleh jem nie. Apa la malang nasib. Nak cilok pun jalan sempit. Tak pasal sarapan dalam longkang. Memang bila jalan jem membuatkan aku rasa 'jammed'. Ada la satu dua jalan yang aku boleh lalu tapi kena redah one way la. Nasib kalau baik tak kena saman. Kalau tak baik, kena hantam dengan motokar. Memang jem diletakkan pada perkara ketiga yang aku tak suka.

4. Bos bossy
Memang bos boleh arahkan anak buah dia buat itu dan ini. Walaupun aku bos, staf bawah aku ada 2 orang je. Bos atas aku lagi banyak staf dia. Berpuluh-puluh. Kuli tetap kuli. Buat kerja seperti yang diarahkan. Betul la tu ye tak. Kalau tak nak dengar cakap bos, cakap sapa lagi? Bos yang baik ialah bos yang tolerate. Tapi bos aku baik. Baik yang takda makna tau bukan baik yang ada makna. So far setakat nie ok la. Cuma aku nie je yang rasa banyak kerja. Maklumlah orang baru kerja. Itu nak buat ini nak buat. Aku tengok 2 orang staf bawah aku rilek je buat kerja. Memang otai la mereka tu. Maklumlah sorang dah kerja 9 tahun, sorang lagi 4 tahun. Aku je yang baru mula sebulan  yang lalu.

5. Lagu di era
Hah!!!..ni lah sebenarnya tension aku. Aku jenis yang tak suka dengar lagu lebih-lebih lagi lagu di channel era. Memang tension dengar lagu-lagu yang diputarkan. Lagu-yang sama diputar berulang kali selama 8 jam kerja. Kejap-kejap keluar lagu ' Rahsia iniiiii...telah lama aku pennnndamkannnnn '. Ni la lagu yang paling berbulu aku dengar. Lagi satu lagu ' Untuk dia....untuk dia...bahagia...bahagiaaaa'. Ada lagi satu ' Sayang apa khabar dengan mu. Di sini ku merindukan kamu'. Aku rasa anda tau sapa yang punya lagu tu. Memang sengal la. Ada banyak lagi lagu yang yang aku tak suka tapi tiga lagu yang diatas paling berbulu aku dengar. Rasa macam nak hempuk radio tu ke dinding. Sekali sekala bukak la 'Bazooka Penaka' ke, 'Pentas Opera' ke, 'Jerangkung Dalam Almari' ke, 'Di Ambang Wati' ke, 'Pawana' ke, 'Romania' ke, 'When the smoke is going down' ke, 'I'm the man 91' ke. Kalau tak nak bukak lagu tu bukak lagu-lagu 'Number 1 for me' ke, 'Open your eyes' ke, takpun lagu 'Handzalah' ke, 'Maula ya salim' ke dan sebagainya. Sebijik lagu seperti yang aku cadangkan di atas takde. Memang sengal radio era.

Itulah setakat ini perkara yang aku tak gemar semasa hari bekerja. Kalau ada lagi nanti aku tambah. Buat cepat bisnes nie Azari supaya kau tak rushing di pagi hari, tak bawak moto laju-laju, tak terperangkap dengan jem, tak diarahkan oleh bos sebab kau sendiri bos serta bebaskan telinga kau dari lagu-lagu  yang menyakitkan jiwa serta menaikkan darah kau tu. Itulah alasan aku kenapa aku nak buat bisnes ini hingga berjaya. Anda bagaimana?

Wednesday, February 13, 2013

Skeptikal Tentang Monavie?

Jika anda baca buku-buku tentang MLM, kita perlu memilih berdasarkan 3 kriteria ini sekiranya mahu menjalankan perniagaan MLM. Pilihan mestilah mengikut hirarki ini:

1. Syarikat
2. Produk
3. Marketing Plan

Senario yang berlaku di Malaysia, banyak syarikat MLM yang tumbuh seperti cendawan. Kebanyakannya mengetengahkan marketing plan @ $$$ tanpa mengambil peduli tentang produk di mana saya mengklasifikasikan sebagai "Plan Based Company". Biasanya sykt spt ini kekuatan produknya = 0. Sehinggakan ramai orang salah anggap dan menyamakan MLM dengan Money Game!

MLM sebenarnya berasaskan produk, MLM hanyalah satu sistem pemasaran produk. Setiap ahli mewujudkan Rangkaian Pengguna atau biasa kita panggil "Members get members". Jika seseorang memilih untuk join sesuatu MLM company kerana Marketing Plan, dan mengetepikan kriteria syarikat dan produk, Jangan salahkan orang lain jika company tutup atau network tak jalan. Ini kerana anda menjalankan perniagaan MLM itu sendiri dengan asas yang tidak betul.

Untuk pengetahuan anda, Semua MLM yang bertahan lama di dunia ialah "Product Based Company". Cuba lihat Amway, Tupperware, Avon, Mary Kay, Shaklee dll... ini semua product based company. Saya mengambil petikan dari Robert T. Kiyosaki, "Untuk menjalankan perniagaan MLM, Seseorang itu harus pertama: Memilih Syarikat yang Kukuh. Kedua : Mempunyai Produk yang berkualiti dan diguna pakai. Ketiga : Marketing Plan boleh buat duit. Kalau Syarikat bagus, Produk bagus tapi marketing plan tak boleh buat duit, pun tak guna juga.

Sekarang cuba kita kaji kekuatan Syarikat MonaVie :-

1. Memenangi anugerah Ernst and Young Award. Anugerah ini umpama 'Golden Globe' untuk usahawan. Monavie juga memenangi anugerah No 1 'Utah Business Fast 50 Awards'

2. Monavie mencatat jualan lebih pantas daripada Microsoft. Microsoft mengambil masa lapan tahun untuk mencatat jualan 1 bilion. Monavie mencatat jualan 1 bilion dalam masa 2 tahun sahaja.

3. Mendapat Ranking No 1 dalam Majalah Inc500 dalam kategori Food & Beverages. Semua syarikat yang pernah keluar dalam majalah ini menjadi gergasi dunia selepas 5 tahun cth, Apple, Intel, Nokia dan sebagainya.

4. Ranking No 6 dunia di antara syarikat2 MLM. Ranking ni Monavie Baru 4 tahun setengah sahaja. Lagi 5 tahun???

Itu adalah FAKTA tentang syarikat........ Cuba kita Kaji pula tentang Kekuatan Produk Monavie .............

1. Produk Monavie telah mendapat liputan dalam beratus siaran dan majalah seperti, Oprah Show, The Perricone Promises, The Doctors Show, The Wall Street Journal dan macam2 lagi.

2. MonaVie telah dikaji oleh 4 badan penyelidikan seperti University of Fluorida, Health Science Institute dll.

3. Berpuluh doktor telah memberi pendapat dan pandangan tentang Jus MonaVie.

4. Company MLM lain seperti Amway membuat jualan Bilion setahun dengan banyak produk, tetapi Monavie buat jualan billion hanya dengan 1 PRODUK!!!

5. MonaVie telah terjual sebanyak 80 juta botol seluruh dunia.

Itu semua kekuatan Produk Monavie.... Macam mana pula dengan kekuatan Marketing Plan Monavie?

1. Income tertinggi dalam dunia MLM ialah Lita n Brig Hart, Company MonaVie, Pendapatan purata sebulan Rm 3.5 Juta. Brig Hart dah buat sejarah dalam MLM sebab baru je MonaVie 4 tahun, dah pegang ranking sebagai Pendapatan tertinggi di dunia antara semua syarikat MLM.

2. 48% dari Senarai Orang yang berpendapatan Paling Tinggi dalam MLM dunia datang dari Monavie. Ini kerana Plan Pemasaran MonaVie yang Mantap dan unik serta sesuai untuk semua golongan.

3. Satu dunia dah ada 80 ahli berpangkat Black Diamond, Pendapatan bulanan min. rm200k dan dah dapat Hadiah Mercedes SL550 Rm1.3J. Monavie bukan cakap kosong tapi dah bagi 80 orang. PROVEN.... Jepun baru launch 2 tahun dah 2 orang JADI Black dIAMOND. Anda rasa Malaysia setahun lepas launching ada Black Diamond tak????

Ini semua FAKTA tentang Syarikat, Produk, Marketing Plan, bukan pendapat atau cakap kosong. Monavie bukan peringkat nak CUBA-CUBA, Monavie is a PROVEN COMPANY. Tak payah pikir overpaid ker... nak study produk bagus ker tidak sebab MonaVie is PROVEN Company. Kerja anda hanya BINA NETWORK sahaja.

Soalan saya : Jika Monavie baru 4 tahun 1/2 dah sebaris dengan syarikat MLM Gergasi yang dah berpuluh tahun di US, Bila Launch nanti Monavie boleh tak jadi antara yang terbaik dalam Malaysia?? Ahaks.....

Usahawan sebenar ialah orang yang cepat melihat peluang di mana mereka melihat dengan mata hati.............

Respon Negatif


Perjalanan Monavie diteruskan lagi dengan berjumpa dengan rakan-rakan lama di tempat kerja lama aku. Ada yang aku terus cerita tentang produk dan ada yang aku start dengan cerita pasal bisnes. Tengok jenis orang la. Oleh kerana aku kenal mereka-mereka nie, so approach tak sama. Dan hasilnya.....semua tak berminat untuk mencuba..haha. Mereka yang tak berminat atau aku salah approach dorang. Tak tau la mana satu. So aku ubah strategi sikit, jumpa sorang-sorang dan cakap face to face. Ada yang boleh terima dan ada yang pancung. Biasalah tu, pancung memancung amalan mulia.

Aku start jumpa secara berdepan dan berbual dengan dorang. Tanya tentang masalah peribadi, kesihatan family, kesihatan anak-anak, dan semestinya kesihatan poket masing-masing. Ada yang cakap kerja di sini teruk. Gaji tak naik-naik walaupun dah 5 tahun kerja. Tapi bila aku kongsikan peluang untuk menjana pendapatan sampingan dengan Monavie, muka macam nak tak nak je. Pastu ubah topik lain. La...kata gaji tak naik-naik. Di beri peluang, cuba buka minda dan nilailah sekejap apa yang aku cakapkan nie. Tapi takpe, dalam hati aku cakap, alhamdulillah sekurangnya aku dah sampaikan. Ko tak nak, aku tak boleh paksa. Suka hati mu la. Aku ada banyak lagi manusia yang aku boleh kongsikan peluang nie.

Ada juga yang dah dengar pasal Monavie nie dan dah minum produk tu. Tetapi oleh kerana produk nie agak mahal dan seperti yang aku katakan tadi, gaji dorang nie tak naik-naik, so ada yang minum separuh jalan. Tak larat nak maintain. Cik abg oi...buat bisnes nie mestilah ada pengorbanan. Kena kerja kuat lebih sikit daripada biasa. Bagi masa pada diri 3 bulan untuk kerja keras dan hasilnya insyallah akan berbaloi selepas 3 bulan. Dapat bonus, beli la produk untuk maintain pada bulan-bulan akan datang.

Ada juga yang komplen semua MLM sama je. Mengkayakan orang atas. Skim piramid la. Skim cepat kaya la. Kena keluar modal, cari orang, maintain, kena cukup PV, kena pergi meeting mingguan dan sebagainya yang aku memang malas nak dengar tapi oleh kerana bisnes nie perlu banyak kesabaran, maka aku senyum tanpa perlu kata apa-apa. Aku pulak akan cari topik lain kalau member tu komplen banyak sangat pasal MLM nie. Aku terima apa yang dorang cakap sambil mengundur diri. Cari orang lain lagi bagus dari dengar komplen ko.