Aku tahu mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa nak buat jugak bisnes Monavie walaupun dah ada pekerjaan tetap. Aku rasa tak perlu jawab soalan tu sebab jawapannya ada pada semua orang. Percaya la cakap aku, jawapan ada pada semua orang. Kat bawah nie aku kongsikan jawapan aku sendiri dan relatekan dengan jawapan korang. Mesti sama punya. Kalau berbeza pun tak banyak. Di akhir perenggan nanti anda akan mengangguk tanda setuju jawapan yang dikongsikan oleh aku sama dengan jawapan anda sekalian. Jom check it out:-
1. Pagi yang rushing
Memang pagi-pagi hari bekerja merupakan hari yang penuh dengan rushing. Rushing sebab nak kejar pukul 8 pagi. Kalau masa jadi lecturer dulu best sikit sebab masa agak flex tapi bila dah tukar kerjaya kepada admin nie, masa punch card kena on the dot. Satu minit lambat selama 3 hari dalam sebulan akan menerima surat amaran. Hebat tak hebat? Rushing siapkan anak, mandikan mereka, terjerit-jerit kena mandi pagi-pagi, pakaikan baju dan hantar sekolah. Rushing adalah perkara pertama yang aku tak suka.
2. Bawak moto laju-laju
Bila dah rushing tu mestilah semua benda kena rushing hinggakan aku bawak moto pun macam mat rempit. Dulu bolehlah merempit, sekarang sayang nyawa beb. Kadang-kadang tension betul masa bawak moto. Dah la kebas tangan pulas minyak, trafik light pulak asyik merah je. Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar dah hampir pukul 8 pagi. Setiap hari 7 trafik light kena tempuh. Kalau semuanya merah, merahlah punch card aku. Perkara kedua yang aku tak suka ialah bawak moto laju-laju.
3. Roti dan jem
Memang aku jarang amik sarapan kat rumah waktu pagi sebab tak sempat. Sebelum aku sarapan kat ofis, terlebih dahulu aku sarapan masa bawak moto. Masa jalan jem tu la aku sarapan. Sarapan jem tanpa roti. Yang ada hanyalah jem dan asap kenderaan. Naik moto pun boleh jem nie. Apa la malang nasib. Nak cilok pun jalan sempit. Tak pasal sarapan dalam longkang. Memang bila jalan jem membuatkan aku rasa 'jammed'. Ada la satu dua jalan yang aku boleh lalu tapi kena redah one way la. Nasib kalau baik tak kena saman. Kalau tak baik, kena hantam dengan motokar. Memang jem diletakkan pada perkara ketiga yang aku tak suka.
4. Bos bossy
Memang bos boleh arahkan anak buah dia buat itu dan ini. Walaupun aku bos, staf bawah aku ada 2 orang je. Bos atas aku lagi banyak staf dia. Berpuluh-puluh. Kuli tetap kuli. Buat kerja seperti yang diarahkan. Betul la tu ye tak. Kalau tak nak dengar cakap bos, cakap sapa lagi? Bos yang baik ialah bos yang tolerate. Tapi bos aku baik. Baik yang takda makna tau bukan baik yang ada makna. So far setakat nie ok la. Cuma aku nie je yang rasa banyak kerja. Maklumlah orang baru kerja. Itu nak buat ini nak buat. Aku tengok 2 orang staf bawah aku rilek je buat kerja. Memang otai la mereka tu. Maklumlah sorang dah kerja 9 tahun, sorang lagi 4 tahun. Aku je yang baru mula sebulan yang lalu.
5. Lagu di era
Hah!!!..ni lah sebenarnya tension aku. Aku jenis yang tak suka dengar lagu lebih-lebih lagi lagu di channel era. Memang tension dengar lagu-lagu yang diputarkan. Lagu-yang sama diputar berulang kali selama 8 jam kerja. Kejap-kejap keluar lagu ' Rahsia iniiiii...telah lama aku pennnndamkannnnn '. Ni la lagu yang paling berbulu aku dengar. Lagi satu lagu ' Untuk dia....untuk dia...bahagia...bahagiaaaa'. Ada lagi satu ' Sayang apa khabar dengan mu. Di sini ku merindukan kamu'. Aku rasa anda tau sapa yang punya lagu tu. Memang sengal la. Ada banyak lagi lagu yang yang aku tak suka tapi tiga lagu yang diatas paling berbulu aku dengar. Rasa macam nak hempuk radio tu ke dinding. Sekali sekala bukak la 'Bazooka Penaka' ke, 'Pentas Opera' ke, 'Jerangkung Dalam Almari' ke, 'Di Ambang Wati' ke, 'Pawana' ke, 'Romania' ke, 'When the smoke is going down' ke, 'I'm the man 91' ke. Kalau tak nak bukak lagu tu bukak lagu-lagu 'Number 1 for me' ke, 'Open your eyes' ke, takpun lagu 'Handzalah' ke, 'Maula ya salim' ke dan sebagainya. Sebijik lagu seperti yang aku cadangkan di atas takde. Memang sengal radio era.
Itulah setakat ini perkara yang aku tak gemar semasa hari bekerja. Kalau ada lagi nanti aku tambah. Buat cepat bisnes nie Azari supaya kau tak rushing di pagi hari, tak bawak moto laju-laju, tak terperangkap dengan jem, tak diarahkan oleh bos sebab kau sendiri bos serta bebaskan telinga kau dari lagu-lagu yang menyakitkan jiwa serta menaikkan darah kau tu. Itulah alasan aku kenapa aku nak buat bisnes ini hingga berjaya. Anda bagaimana?
No comments:
Post a Comment