Monday, February 25, 2013

Ciri-Ciri Bakal Tajaan Berkualiti


CIRI-CIRI BAKAL TAJAAN BERKUALITI 

Semasa anda sedang menjalankan satu tugas yang agak penting dalam MLM ini iaitu menaja, pastikan anda melihat ciri – ciri penting bagi dijadikan sebagai panduan dalam menaja. Ciri – cirinya ialah :-

Suka bergaul dan bersosial

Pastikan bakal tajaan ini (bakal downline anda) adalah daripada jenis yang suka bergaul. MLM iaah perniagaan pergaulan. Produk syarikat dapat di ‘gerak’kan melalui pergaulan. Apabila tajaan anda jenis orang yang umpama kera sumbang, bagaimana perniagaan anda dapat berkembang? Bakal tajaan yang suka bergaul ini adalah umpama ikan bergerak. Iklan dari mulut ke mulut. Anda tidak semestinya perlu menaja ramai orang. Apa gunanya menaja ramai jika tidak berkualiti? Biar taja sedikit dahulu dan pastikan downline anda itu ber'kualiti'. Lama – kelamaan, akhirnya mnejadi ramai juga. Bakal tajaan yang suka bergaul ini, mempunyai banyak peluang dan kesempatan membina perniagaan mereka mengikut prinsip jaringan atau MLM.

Nama tidak buruk

Bakal tajaan anda perlu terdiri daripada orang yang tidak buruk namanya. Apabila anda taja orang yang ada rekod buruk dan bermasalah, nescaya anda akan gagal. Namun begitu, tidak semstinya orang yang pernah melakukan kesalahan itu rekodnya sentiasa buruk. Anda harus peka dengan perkara ini. Saya tidak maksudkan anda tidak boleh taja bekas banduan ataupun penagih dadah.

Rekod buruk masa silam dapat dibersihkan dengan memulakan hidup baru dan sikap baru. Rekod buruk yang saya maksudkan ini ialah rekod buruk semasa. Takkan anda hendak menaja penagih dadah ataupun penjenayah. Jika mereka adalah bekas penagih atau bekas penjenayah yang ingin berubah menjadi baik, itu tidak ada masalah. Anda boleh bagi mereka peluang.

Bermatlamat dalam hidup

Bakal tajaan seperti ini bakal memajukan diri sendiri dan anda. Mereka ini hidup bermatlamat dan berfikiran besar. Biasanya, orang yang bermatlamat dan berfikiran besar ini bertindak mengikut matlamat dan fikirannya. Anda hanya perlu membimbing mereka menuju kejayaan. Matlamat yang di bina bersama – sama diperkuatkan lagi oleh usaha yang berterusan dan bersungguh – sungguh.

Berminat belajar dan memajukan diri
Perniagaan MLM tidak memerlukan kepakaran dan pengalaman. Apa yang perlu ialah minta. Tidak perlu TAHU, yang perlu ialah MAHU. Apabila ada MAHU, maka TAHU akan datang dengan sendirinya.

Bakal tajaan atau prospek yang berminat belajar dan memajukan diri ini sudah pasti boleh meniti kejayaan. Untuk berjaya kita perlu belajar. Apabila ada kemahuan, di situ ada jalannya. Bakal tajaan anda yang gemar menimba ilmu akan menjadi pemimpin yang hebat pada masa hadapan.

Boleh Mengajar

Bagi menggerakkan produk, anda harus ajar downline. Namun geitu, tiada gunanya jika tiada duplikasi. Mereka pula perlu ajar downline mereka sendiri. Ini adalah proses yang berlaku dalam perniagaan MLM tulen. Bakal tajaan yang boleh mengajar, dapat menurunkan segala pengetahuan mereka kepada orang lain. Mereka juga ada sifat – sifat kepimpinan yang baik. Perniagaan MLM akan maju apabila adanya proses belajar dan proses mengajar.

Sukakan Pertandingan

Taja orang yang sukakan cabaran dan pertandingan. Biasanya, orang yang sukakan cabaran ini, memiliki daya tahan yang tinggi. Mereka dapat meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti kerja mereka dari masa ke masa. Pertandingan ini ada baiknya. Melalui pertandingan, mereka dapat berlumba – lumba secara positif bagi meningkatkan prestasi diri.

Kreatif

Manusia ini sungguh unik. Walaupun Tuhan menciptakan manusia dengan elbagai rupa paras, Tuhan juga memberi manusia otak yang cerdas dan kreatif (Creative Quotient). Apabila digabungkan, sudah pasti anda dan ahli kumpulan boleh melahirkan idea yang gila-hila dan hebat-hebat.

Sumber : Sini

Thursday, February 21, 2013

4 GOLONGAN MANUSIA

    

4 GOLONGAN MANUSIA

1. Golongan pertama, Orang yang GAGAL

Mereka adalah orang yang sentiasa mensia-siakan peluang yang diberikan, Mereka sedar akan peluang tersebut dan kehebatan peluang tersebut. Golongan ini pada hakikatnya tidak ada apa yang dilakukan samaada bekerja atau sebagainya. Selesa dengan kesenangan yang orang lain berikan. Semoga kita mohon kepada ALLAH semoga di jauhkan diri manusia yang begini.

2.Golongan kedua – Orang yang BIASA

Mereka adalah orang yang hanya melihat peluang yang hebat berlalu begitu sahaja. Kebiasaannya orang ini adalah orang yang bekerja. Mereke mudah berasa selesa dengan kehidupannya sekarang.. Dengan kata nama lain cukup-cukup makan.. Golongan ini adalah golongan yang paling ramai.

3.Golongan ketiga – Orang yang BERJAYA

Mereka adalah orang yang sentiasa mencari dan mencari peluang untuk memajukan diri sendiri. Tahu akan kekurangan yang dimiliki dam berusaha untuk merubah kehidupan dia dan keluarganya.

4.Golongan keempat – Orang yang HEBAT

Mereka adalah orang yang tidak mensia-siakan peluang, orang yang tidak membiarkan peluang berlalu begitu sahaja dan juga bukan orang yang mencari peluang TETAPI golongan ini adalah orang yang mewujudkan peluang. Bukan sahaja untuk diri sendiri TETAPI ianya turut memberi manfaat kepada orang yang berada di sekelilingnya. Insan sebegini memang sukar untuk ditemui.

Sumber : Wanzul

Friday, February 15, 2013

Presidential Black Diamond

Bagi menaikkan semangat anda sekalian, sila tonton video di bawah.

Kenapa Nak Buat Bisnes Monavie?





Aku tahu mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa nak buat jugak bisnes Monavie walaupun dah ada pekerjaan tetap. Aku rasa tak perlu jawab soalan tu sebab jawapannya ada pada semua orang. Percaya la cakap aku, jawapan ada pada semua orang. Kat bawah nie aku kongsikan jawapan aku sendiri dan relatekan dengan jawapan korang. Mesti sama punya. Kalau berbeza pun tak banyak. Di akhir perenggan nanti anda akan mengangguk tanda setuju jawapan yang dikongsikan oleh aku sama dengan jawapan anda sekalian. Jom check it out:-

1. Pagi yang rushing
Memang pagi-pagi hari bekerja merupakan hari yang penuh dengan rushing. Rushing sebab nak kejar pukul 8 pagi. Kalau masa jadi lecturer dulu best sikit sebab masa agak flex tapi bila dah tukar kerjaya kepada admin nie, masa punch card kena on the dot. Satu minit lambat selama 3 hari dalam sebulan akan menerima surat amaran. Hebat tak hebat? Rushing siapkan anak, mandikan mereka, terjerit-jerit kena mandi pagi-pagi, pakaikan baju dan hantar sekolah. Rushing adalah perkara pertama yang aku tak suka.

2. Bawak moto laju-laju
Bila dah rushing tu mestilah semua benda kena rushing hinggakan aku bawak moto pun macam mat rempit. Dulu bolehlah merempit, sekarang sayang nyawa beb. Kadang-kadang tension betul masa bawak moto. Dah la kebas tangan pulas minyak, trafik light pulak asyik merah je. Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar dah hampir pukul 8 pagi. Setiap hari 7 trafik light kena tempuh. Kalau semuanya merah, merahlah punch card aku. Perkara kedua yang aku tak suka ialah bawak moto laju-laju.

3. Roti dan jem
Memang aku jarang amik sarapan kat rumah waktu pagi sebab tak sempat. Sebelum aku sarapan kat ofis, terlebih dahulu aku sarapan masa bawak moto. Masa jalan jem tu la aku sarapan. Sarapan jem tanpa roti. Yang ada hanyalah jem dan asap kenderaan. Naik moto pun boleh jem nie. Apa la malang nasib. Nak cilok pun jalan sempit. Tak pasal sarapan dalam longkang. Memang bila jalan jem membuatkan aku rasa 'jammed'. Ada la satu dua jalan yang aku boleh lalu tapi kena redah one way la. Nasib kalau baik tak kena saman. Kalau tak baik, kena hantam dengan motokar. Memang jem diletakkan pada perkara ketiga yang aku tak suka.

4. Bos bossy
Memang bos boleh arahkan anak buah dia buat itu dan ini. Walaupun aku bos, staf bawah aku ada 2 orang je. Bos atas aku lagi banyak staf dia. Berpuluh-puluh. Kuli tetap kuli. Buat kerja seperti yang diarahkan. Betul la tu ye tak. Kalau tak nak dengar cakap bos, cakap sapa lagi? Bos yang baik ialah bos yang tolerate. Tapi bos aku baik. Baik yang takda makna tau bukan baik yang ada makna. So far setakat nie ok la. Cuma aku nie je yang rasa banyak kerja. Maklumlah orang baru kerja. Itu nak buat ini nak buat. Aku tengok 2 orang staf bawah aku rilek je buat kerja. Memang otai la mereka tu. Maklumlah sorang dah kerja 9 tahun, sorang lagi 4 tahun. Aku je yang baru mula sebulan  yang lalu.

5. Lagu di era
Hah!!!..ni lah sebenarnya tension aku. Aku jenis yang tak suka dengar lagu lebih-lebih lagi lagu di channel era. Memang tension dengar lagu-lagu yang diputarkan. Lagu-yang sama diputar berulang kali selama 8 jam kerja. Kejap-kejap keluar lagu ' Rahsia iniiiii...telah lama aku pennnndamkannnnn '. Ni la lagu yang paling berbulu aku dengar. Lagi satu lagu ' Untuk dia....untuk dia...bahagia...bahagiaaaa'. Ada lagi satu ' Sayang apa khabar dengan mu. Di sini ku merindukan kamu'. Aku rasa anda tau sapa yang punya lagu tu. Memang sengal la. Ada banyak lagi lagu yang yang aku tak suka tapi tiga lagu yang diatas paling berbulu aku dengar. Rasa macam nak hempuk radio tu ke dinding. Sekali sekala bukak la 'Bazooka Penaka' ke, 'Pentas Opera' ke, 'Jerangkung Dalam Almari' ke, 'Di Ambang Wati' ke, 'Pawana' ke, 'Romania' ke, 'When the smoke is going down' ke, 'I'm the man 91' ke. Kalau tak nak bukak lagu tu bukak lagu-lagu 'Number 1 for me' ke, 'Open your eyes' ke, takpun lagu 'Handzalah' ke, 'Maula ya salim' ke dan sebagainya. Sebijik lagu seperti yang aku cadangkan di atas takde. Memang sengal radio era.

Itulah setakat ini perkara yang aku tak gemar semasa hari bekerja. Kalau ada lagi nanti aku tambah. Buat cepat bisnes nie Azari supaya kau tak rushing di pagi hari, tak bawak moto laju-laju, tak terperangkap dengan jem, tak diarahkan oleh bos sebab kau sendiri bos serta bebaskan telinga kau dari lagu-lagu  yang menyakitkan jiwa serta menaikkan darah kau tu. Itulah alasan aku kenapa aku nak buat bisnes ini hingga berjaya. Anda bagaimana?

Wednesday, February 13, 2013

Skeptikal Tentang Monavie?

Jika anda baca buku-buku tentang MLM, kita perlu memilih berdasarkan 3 kriteria ini sekiranya mahu menjalankan perniagaan MLM. Pilihan mestilah mengikut hirarki ini:

1. Syarikat
2. Produk
3. Marketing Plan

Senario yang berlaku di Malaysia, banyak syarikat MLM yang tumbuh seperti cendawan. Kebanyakannya mengetengahkan marketing plan @ $$$ tanpa mengambil peduli tentang produk di mana saya mengklasifikasikan sebagai "Plan Based Company". Biasanya sykt spt ini kekuatan produknya = 0. Sehinggakan ramai orang salah anggap dan menyamakan MLM dengan Money Game!

MLM sebenarnya berasaskan produk, MLM hanyalah satu sistem pemasaran produk. Setiap ahli mewujudkan Rangkaian Pengguna atau biasa kita panggil "Members get members". Jika seseorang memilih untuk join sesuatu MLM company kerana Marketing Plan, dan mengetepikan kriteria syarikat dan produk, Jangan salahkan orang lain jika company tutup atau network tak jalan. Ini kerana anda menjalankan perniagaan MLM itu sendiri dengan asas yang tidak betul.

Untuk pengetahuan anda, Semua MLM yang bertahan lama di dunia ialah "Product Based Company". Cuba lihat Amway, Tupperware, Avon, Mary Kay, Shaklee dll... ini semua product based company. Saya mengambil petikan dari Robert T. Kiyosaki, "Untuk menjalankan perniagaan MLM, Seseorang itu harus pertama: Memilih Syarikat yang Kukuh. Kedua : Mempunyai Produk yang berkualiti dan diguna pakai. Ketiga : Marketing Plan boleh buat duit. Kalau Syarikat bagus, Produk bagus tapi marketing plan tak boleh buat duit, pun tak guna juga.

Sekarang cuba kita kaji kekuatan Syarikat MonaVie :-

1. Memenangi anugerah Ernst and Young Award. Anugerah ini umpama 'Golden Globe' untuk usahawan. Monavie juga memenangi anugerah No 1 'Utah Business Fast 50 Awards'

2. Monavie mencatat jualan lebih pantas daripada Microsoft. Microsoft mengambil masa lapan tahun untuk mencatat jualan 1 bilion. Monavie mencatat jualan 1 bilion dalam masa 2 tahun sahaja.

3. Mendapat Ranking No 1 dalam Majalah Inc500 dalam kategori Food & Beverages. Semua syarikat yang pernah keluar dalam majalah ini menjadi gergasi dunia selepas 5 tahun cth, Apple, Intel, Nokia dan sebagainya.

4. Ranking No 6 dunia di antara syarikat2 MLM. Ranking ni Monavie Baru 4 tahun setengah sahaja. Lagi 5 tahun???

Itu adalah FAKTA tentang syarikat........ Cuba kita Kaji pula tentang Kekuatan Produk Monavie .............

1. Produk Monavie telah mendapat liputan dalam beratus siaran dan majalah seperti, Oprah Show, The Perricone Promises, The Doctors Show, The Wall Street Journal dan macam2 lagi.

2. MonaVie telah dikaji oleh 4 badan penyelidikan seperti University of Fluorida, Health Science Institute dll.

3. Berpuluh doktor telah memberi pendapat dan pandangan tentang Jus MonaVie.

4. Company MLM lain seperti Amway membuat jualan Bilion setahun dengan banyak produk, tetapi Monavie buat jualan billion hanya dengan 1 PRODUK!!!

5. MonaVie telah terjual sebanyak 80 juta botol seluruh dunia.

Itu semua kekuatan Produk Monavie.... Macam mana pula dengan kekuatan Marketing Plan Monavie?

1. Income tertinggi dalam dunia MLM ialah Lita n Brig Hart, Company MonaVie, Pendapatan purata sebulan Rm 3.5 Juta. Brig Hart dah buat sejarah dalam MLM sebab baru je MonaVie 4 tahun, dah pegang ranking sebagai Pendapatan tertinggi di dunia antara semua syarikat MLM.

2. 48% dari Senarai Orang yang berpendapatan Paling Tinggi dalam MLM dunia datang dari Monavie. Ini kerana Plan Pemasaran MonaVie yang Mantap dan unik serta sesuai untuk semua golongan.

3. Satu dunia dah ada 80 ahli berpangkat Black Diamond, Pendapatan bulanan min. rm200k dan dah dapat Hadiah Mercedes SL550 Rm1.3J. Monavie bukan cakap kosong tapi dah bagi 80 orang. PROVEN.... Jepun baru launch 2 tahun dah 2 orang JADI Black dIAMOND. Anda rasa Malaysia setahun lepas launching ada Black Diamond tak????

Ini semua FAKTA tentang Syarikat, Produk, Marketing Plan, bukan pendapat atau cakap kosong. Monavie bukan peringkat nak CUBA-CUBA, Monavie is a PROVEN COMPANY. Tak payah pikir overpaid ker... nak study produk bagus ker tidak sebab MonaVie is PROVEN Company. Kerja anda hanya BINA NETWORK sahaja.

Soalan saya : Jika Monavie baru 4 tahun 1/2 dah sebaris dengan syarikat MLM Gergasi yang dah berpuluh tahun di US, Bila Launch nanti Monavie boleh tak jadi antara yang terbaik dalam Malaysia?? Ahaks.....

Usahawan sebenar ialah orang yang cepat melihat peluang di mana mereka melihat dengan mata hati.............

Respon Negatif


Perjalanan Monavie diteruskan lagi dengan berjumpa dengan rakan-rakan lama di tempat kerja lama aku. Ada yang aku terus cerita tentang produk dan ada yang aku start dengan cerita pasal bisnes. Tengok jenis orang la. Oleh kerana aku kenal mereka-mereka nie, so approach tak sama. Dan hasilnya.....semua tak berminat untuk mencuba..haha. Mereka yang tak berminat atau aku salah approach dorang. Tak tau la mana satu. So aku ubah strategi sikit, jumpa sorang-sorang dan cakap face to face. Ada yang boleh terima dan ada yang pancung. Biasalah tu, pancung memancung amalan mulia.

Aku start jumpa secara berdepan dan berbual dengan dorang. Tanya tentang masalah peribadi, kesihatan family, kesihatan anak-anak, dan semestinya kesihatan poket masing-masing. Ada yang cakap kerja di sini teruk. Gaji tak naik-naik walaupun dah 5 tahun kerja. Tapi bila aku kongsikan peluang untuk menjana pendapatan sampingan dengan Monavie, muka macam nak tak nak je. Pastu ubah topik lain. La...kata gaji tak naik-naik. Di beri peluang, cuba buka minda dan nilailah sekejap apa yang aku cakapkan nie. Tapi takpe, dalam hati aku cakap, alhamdulillah sekurangnya aku dah sampaikan. Ko tak nak, aku tak boleh paksa. Suka hati mu la. Aku ada banyak lagi manusia yang aku boleh kongsikan peluang nie.

Ada juga yang dah dengar pasal Monavie nie dan dah minum produk tu. Tetapi oleh kerana produk nie agak mahal dan seperti yang aku katakan tadi, gaji dorang nie tak naik-naik, so ada yang minum separuh jalan. Tak larat nak maintain. Cik abg oi...buat bisnes nie mestilah ada pengorbanan. Kena kerja kuat lebih sikit daripada biasa. Bagi masa pada diri 3 bulan untuk kerja keras dan hasilnya insyallah akan berbaloi selepas 3 bulan. Dapat bonus, beli la produk untuk maintain pada bulan-bulan akan datang.

Ada juga yang komplen semua MLM sama je. Mengkayakan orang atas. Skim piramid la. Skim cepat kaya la. Kena keluar modal, cari orang, maintain, kena cukup PV, kena pergi meeting mingguan dan sebagainya yang aku memang malas nak dengar tapi oleh kerana bisnes nie perlu banyak kesabaran, maka aku senyum tanpa perlu kata apa-apa. Aku pulak akan cari topik lain kalau member tu komplen banyak sangat pasal MLM nie. Aku terima apa yang dorang cakap sambil mengundur diri. Cari orang lain lagi bagus dari dengar komplen ko.

Monday, February 11, 2013

Langkah Pertama



Setuju tak dengan gambar di atas. Memang payah untuk memulakan langkah yang pertama. Aku teringat akan satu kata-kata, 'Menarik kereta yang berhenti lebih payah daripada menarik kereta yang sedang bergerak sedikit'. Sebab apa? Sebab bila dah bergerak, momentum tu ada, so agak mudah la untuk melajukan 'kereta' tersebut.

Serupa dengan bisnes nie. Langkah pertama aku bermula selepas mendaftar menjadi ahli Monavie pada 10 Jan 2013. Memang payah sebab kena kumpulkan senarai nama rakan-rakan berserta no. tel masing-masing untuk di'call' satu persatu. Ish...bab nie aku kurang suka sebab:

1. Kena bayar duit telefon yang mencanak naik.
2. Kena yakinkan prospek (rakan kita) untuk menjadi ahli.
3. Kena pujuk mereka untuk hadir meeting.

Hehe...bab-bab di atas semuanya tak best tapi aku kena buat gak sebab:

1. Ini adalah bisnes aku/wife aku sendiri.
2. Modal RM1324 telah keluar.
3. Demi masa depan diri, family, masyarakat.

Untuk cara menelefon, aku dah try sms no. tel yang aku dapat tapi sehingga ke hari ini tiada jualan dan tiada ahli bila aku menggunakan cara ini. Setakat ini, cara berhadapan dan bercakap mengenai produk dan keahlian merupakan cara yang agak efektif. Sebelum dapat ahli punyalah lemah semangat nie sebab rasa penat bercakap tapi takde orang nak dengar TETAPI dengan berkat KESABARAN, maka hasilnya, aku dan wife mendapat dua orang ahli setakat ini iaitu kakak aku dan rakan sekerja wife aku. Bonus yang diterima pula setelah menjadi ahli selama sebulan (kurang 2 hari sebulan) adalah sebanyak Fast Track Bonus+Achivement Bonus = RM380. Ok ke tak OK?

Kalau jawapannya OK, jom call/sms aku azari 0193955197 atau email azari2222@yahoo.com. Tak payah fikir banyak, call/sms/email aku. Kita set masa jumpa Imran (rakan niaga Monavie Melaka) atau kalau dah teruja sangat, jom aku bawak pergi meeting Monavie.

Meeting Pertama



Meeting pertama berlangsung di Hotel Semabok Inn. Inilah kali kedua aku menghadiri meeting seumpama ini selepas meeting Amway 10 tahun yang lalu (kot). Memang ramai manusia. Ada yang datang bawa family, bawa kawan-kawan, bawa makwe pakwe, rakan se-universiti. Memang ramai budak universiti rasanya sebab tengok muda-muda belaka. Baguslah begitu daripada terjebak dalam aktiviti tak sihat, baik 'terjebak' dalam aktiviti bisnes macam nie.

Seperti meeting-meeting bisnes yang lain, mesti ada tepuk tangan, angkat tangan, jerit-jerit dan seumpamanya. Aku rasa (pendapat aku la), ada yang tak nak join bisnes sebegini sebab kena ikut rentak-rentak di atas. (Kalau tak nak ikut, dok diam-diam. Dengar je apa yang penceramah cerita). Tak ada masalah sebenarnya, kalau tak nak buat, duduk dan dengar je. Begitu la yang aku buat masa first time datang kat Semabok Inn nie. Bila orang suruh angkat tangan, tepuk tangan, jerit....aku buat tak tau je. Aku just dengar isi kandungan yang disampaikan oleh penceramah.

Dalam masa yang sama, rasa 'blur' pada bisnes ni yang sebelum ini ada pada aku terhakis sedikit demi sedikit. Aku rasa lebih confident dan yakin dengan isi yang disampaikan. Aku mula teruja untuk memulakan bisnes Monavie nie. Di akhir pertemuan, aku diperkenalkan oleh Zul dengan Imran, rakan niaga di Melaka dan juga penceramah merangkap jutawan Lizaimi Lihin. Aku mula dapat semangat ditambah dengan semangat isteri yang memang dari mula berkobar-kobar untuk berjaya dalam bisnes Monavie nie.


Saturday, February 9, 2013

Contoh Promosi Bisnes Monavie

Di bawah merupakan contoh mesej yang aku forwardkan pada pengguna Facebook terutamanya di Melaka. Tak sebut pasal Monavie. Hanya sebut pasal setup bisnes. Korang boleh promote ikut kreativiti korang. Janji ada sale dan dapat rekrut ahli baru.

|
|
|
Askm, Saya Azari dari Ayer Keroh, Melaka. Saya ada set up satu perniagaan area Melaka dan sedang mencari rakan niaga untuk run sama2 dalam perniagaan ni. Sebelum tu nak tanya, ada tak sesiapa yang rasa nak membina empayar perniagaan dia sendiri. Saya rasa ramai yang nak mempunyai perniagaan sendiri dari makan gaji seumur hidup. Betul?

Oleh itu sesiapa yang berada sekitar Melaka dijemput untuk minum petang bersama saya dan rakan niaga saya sambil discuss tentang perniagaan yang kami jalankan. Bg yang dah berkahwin digalakkan dtg suami isteri. Yg belum kawin, ajaklah teman, rakan atau ahli keluarga dtg sekali.

Kita duduk minum sambil bincang bagaimana nak membina perniagaan ini bersama. Kita berbincang di tempat terbuka dan jgn bimbang perniagaan nie HALAL dan diluluskan oleh Kerajaan Malaysia:)
Adakah tuan/puan nak bebas dari belenggu kewangan, mempunyai azam yang kuat untuk berjaya dalam perniagaannya sendiri, aggresif dan berdaya saing, tuan/puan dijemput hadir. PM saya atau call/sms untuk kita set kan tempat untuk berbincang.

Seeloknya tempat tersebut berdekatan dengan tempat tuan/puan (cth: restoran, pusat membeli belah dll) dan kami insyallah akan hadir di tempat yg tuan/puan sendiri tentukan sekitar Melaka ini.
Satu lg, kalau berminat dengan pelaburan dalam unit Trust Public Mutual under Public Bank dan juga insuran Takaful, saya mempunyai rakan yang berkecimpung >< 7 tahun dalam bidang ini. Mereka akan membantu tuan/puan mendaftar serta menguruskan unit trust Public Mutual dan insuran Takaful tuan/puan sebaiknya dan mereka adalah agen yang berdaftar.

Melalui pengalaman sendiri, saya telah membuat pelaburan sebanyak RM24000 dalam Public Mutual pada tahun 2008 dan pada tahun 2012, jumlah duit yang saya laburkan telah meningkat kepada RM40700. Keuntungan yang saya perolehi adalah sebanyak RM16 ribu lebih.
Alhamdulillah, sekarang sy tambah lg jumlah pelaburan saya dan dijangka Public Mutual akan beri lebih banyak dividen pada masa hadapan:-)

Hubungi saya jika berminat untuk set up perniagaan atau untuk melabur dalam Public Mutual atau insuran Takaful.

Terima kasih.

Azari 0193955197
azari2222@yahoo.com
Ayer Keroh, Melaka

Apa Itu Jus Monavie?

Dalam keadaan masih terkial-kial untuk mengikut rentak dalam bisnes Monavie nie, aku tetap 'on', sampaikan kebaikan jus ini kepada sesiapa saja sambil merekrut rakan niaga yang mahu benar-benar menjadikan menjadikan perniagaan Monavie ini sebagai perniagaan baru dalam hidup mereka.

Apa yang bestnya jus nie. Apa Itu Jus Monavie? (seperti biasa copy paste artikel orang lain).

Apa Itu jus MONAVIE

Monavie merupakan satu gabungan 19 jenis buah-buahan iaitu buah acai berry (yang hanya terdapat di hutan Amazon, Brazil) serta 18 jenis buah-buahan terpilih dan terbaik dunia untuk membekalkan daya tenaga dan kesihatan paling optimum untuk badan kita. Kandungannya telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa mempunyai unsur-unsur anti-oksida yang amat tinggi serta nutrien-nutrien berkhasiat yang boleh meransangkan penyembuhan luar biasa serta menyediakan pertahanan badan daripada pelbagai jenis penyakit.

Buah acai berry sendiri terdiri daripada kandungan-kandungan protein, lemak, fiber, vitamin, mineral-mineral dan garam-galian unik dan berkualiti untuk pemulihan SEMULAJADI daripada pelbagai penyakit. Ibu pejabat serta kilang pemprosesan di Utah Amerika Syarikat, Monavie diproses mengikut sistem piawaian GMP yang mementingkan kebersihan, ketulenan serta kepakaran teknologi. Monavie baru diperkenalkan pada 2005 di Amerika Syarikat tetapi telah berkembang dan mendapat pengiktirafan dengan begitu pesat dan pantas di Amerika Syarikat dan Eropah. Rebutlah peluang untuk menjadi pengedar terawal di Asia khususnya di Malaysia.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut:
facebook: Monavie4u
email: azari2222@yahoo.com
Hp: 0193955197/0196146672

Bagi yang tinggal di Melaka, jangan lepaskan peluang untuk menjadi pengedar yang terawal. Ini kerana pasaran Melaka masih baru dan belum ramai 'manusia' yang mengenali Monavie nie. Hubungi saya melalui medium di atas. Peluang menjana pendapatan lumayan menanti anda. 

Seperti biasa orang kita akan ambil sikap tunggu dan lihat. Biasanya dorang akan menjadi 'pengkritik tanpa gaji'. Kerja dia komen segala yang rakan, sedara mara, sahabat handai mereka buat. Komen-komen seperti :-
1. Buat apalah ko buat kerja bodoh nie....
2. Ada degree pun masih jual botol, usung botol ke sana ke sini....
3. Ko nie hampeh la bro, aku tak berminat la dengan MLM....
4. Cukup...cukup...aku dah jelak dengar benda nie berulang kali....
5. Laaa...MLM ke, tak nak la aku.......

dan 1001 komen/kondem percuma dari mereka-mereka nie.

Nasihat aku : Ada aku kisah! Pedulikan apa oprang kata...Ko tak nak berlambak lagi orang nak...

Thursday, February 7, 2013

Selangkah Ke Alam Monavie

Hello Zul, ada tak kerja kosong? tanya aku meminta kepastian. Zul seperti biasa menjawab 'Takde la Zari, kalau kau nak kerja, kau boleh try jadi perunding Takaful atau Public Mutual Unit Trust Consultant' jawabnya. Aku terkedu, 'Boleh ke aku jadi consultant sebab aku mana tau selok belok cari customer yang nak mencarum takaful atau nak buat pelaburan dalam unit trust'. Tapi apakan daya, kerja takde. Rezeki harus dicari untuk terus hidup menampung diri dan keluarga.

Petang tu aku dan isteri seperti biasa ke Warung Mak Jenab di Sg Putat, Melaka dengan harapan dapat menjadi perunding takaful di bawah tunjuk ajar Zul. Lagi pun dia telah lama berkecimpung dalam takaful dan unit trust ni. Tapi nada Zul dalam telefon tadi macam tak bersungguh-sungguh untuk rekomen aku menjadi perunding takaful. Kenapa ye? Sementelahan lagi dia cakap ada satu lagi peluang kerjaya yang lebih mudah dan murah untuk menjana pendapatan dengan lebih cepat.

Waktu yang ditunggu telah tiba. Zul datang dengan Vios hitam berkilatnya. Tampak segak dan bergaya. Raut wajah seakan tidak sabar mahu menceritakan peluang kerjaya yang aku masih tidak diberitahu lagi mengenainya. Tepat sekali dugaan aku, perkara pertama yang yang muncul dari mulut dia ialah peluang bisnes dalam Monavie.

'Kenapa aku tak boleh jadi perunding takaful Zul'? tanya aku. 'Bukan tak boleh cuma penat kerja sebab kerja sorang-sorang. Lepas tu bila dah sampai satu tahap kalau orang atas tu tak nak kau potong level dia, dia tidak akan benarkan kau naik tahap lebih tinggi dari dia sebab dia akan kehilangan bonus dari kau sebagai orang bawah. Itu memang sikap tamak yang sukar dibuang dari minda orang kita' komen Zul panjang lebar.

Sebentar kemudian Zul dengan cerianya mengeluarkan satu pamplet dari suitcasenya. 'Monavie? Rasa macam kenal je nama nie', aku membuat andaian sendiri apabila terpandang perkataan tersebut. Ya aku kenal sebab dalam banyak-banyak rakan Facebook aku ada satu mamat tu yang memang otai Ebay tiba-tiba jual dan promote benda nie bersungguh-sungguh. 'Kau pernah dengar pasal benda nie ke Zari?' Zul tiba-tiba menyoal. 'Ya, aku pernah tengok orang promote produk nie bersungguh-sungguh dalam Facebook aku tapi aku tak ambil pusing sebab aku tahu produk nie dijual secara MLM. Aku memang skeptikal pasal MLM sebab aku dan isteri pernah menyertai Amway tapi tak menjadi.

Petang tu  Zul explain detail mengenai Monavie tapi aku tak berapa minat mendengar sebab hati belum tergerak untuk menjadikan bisnes Monavie ini sebagai sesuatu pekerjaan tetap. Aku masih lagi mengharapkan satu pekerjaan yang yang membolehkan aku bekerja dan tidak duduk rumah begitu lama. Tiga bulan masa berlalu selepas balik dari UK terasa terlalu lama menganggur. Yang lebih berminat dan bertanya berbagai soalan ialah isteri aku. Di akhir pertemuan, dia terus menghulurkan wang keahlian RM60 untuk didaftarkan nama aku menjadi rakan niaga Zul. Aku terus rasa tak tentu arah sebab masih berbelah bagi antara menyertai Monavie atau terus mencari pekerjaan lain. Masa terus berlalu dan aku masih blur dalam beberapa hari setelah menjadi ahli dan rakan niaga Monavie kelolaan Zul.

Wednesday, February 6, 2013

Assalamualaikum Pembuka Bicara

Assalamualaikum...w.b.t.....sahabat.

Alhamdulillah di kesempatan yang ada, aku masih lagi hidup dan berpeluang untuk menikmati ciptaan Allah SWT di muka bumi. Menikmati keindahan alam, kicauan burung yang berterbangan bebas di ruang angkasa, menghirup nafas baru setiap tanpa sebarang bayaran, memiliki tubuh badan yang segar dan sihat, alhamdulillah.  Semuanya dari Allah, datang dari Allah dan pabila Ia mahukannya kembali, maka nak tak nak kita terpaksa menerima hakikat bahawa semuanya adalah milik Allah. Tiada yang kekal di sisi kita.

Semoga coretan ini dan seterusnya akan memberi manfaat kepada anda sekalian. Tiada apa yang aku harapkan, hanya persahabatan yang sejati serta rakan2 yang mendorong melakukan kebaikan. Ganjaran milik Allah. Hanya Dia yang berhak memberi secara cepat di dunia ini atau disimpan untuk dipamerkan di akhirat kelak.

Tajuk blog sengaja diberi "Monavie4U : Liku Perjalanan Seorang Usahawan" sebagai motivasi untuk menjadi seorang usahawan berjaya dalam bidang ini. Segala kisah suka dan duka akan dilirikkan dalam blog ini sebagai motivasi, galakan dan dorongan agar aku benar2 menjadi usahawan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Salam perkenalan dan salam ukhuwah diucapkan.