Assalamualaikum...w.b.t.....sahabat.
Alhamdulillah di kesempatan yang ada, aku masih lagi hidup dan berpeluang untuk menikmati ciptaan Allah SWT di muka bumi. Menikmati keindahan alam, kicauan burung yang berterbangan bebas di ruang angkasa, menghirup nafas baru setiap tanpa sebarang bayaran, memiliki tubuh badan yang segar dan sihat, alhamdulillah. Semuanya dari Allah, datang dari Allah dan pabila Ia mahukannya kembali, maka nak tak nak kita terpaksa menerima hakikat bahawa semuanya adalah milik Allah. Tiada yang kekal di sisi kita.
Semoga coretan ini dan seterusnya akan memberi manfaat kepada anda sekalian. Tiada apa yang aku harapkan, hanya persahabatan yang sejati serta rakan2 yang mendorong melakukan kebaikan. Ganjaran milik Allah. Hanya Dia yang berhak memberi secara cepat di dunia ini atau disimpan untuk dipamerkan di akhirat kelak.
Tajuk blog sengaja diberi "Monavie4U : Liku Perjalanan Seorang Usahawan" sebagai motivasi untuk menjadi seorang usahawan berjaya dalam bidang ini. Segala kisah suka dan duka akan dilirikkan dalam blog ini sebagai motivasi, galakan dan dorongan agar aku benar2 menjadi usahawan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Salam perkenalan dan salam ukhuwah diucapkan.
No comments:
Post a Comment