Hello Zul, ada tak kerja kosong? tanya aku meminta kepastian. Zul seperti biasa menjawab 'Takde la Zari, kalau kau nak kerja, kau boleh try jadi perunding Takaful atau Public Mutual Unit Trust Consultant' jawabnya. Aku terkedu, 'Boleh ke aku jadi consultant sebab aku mana tau selok belok cari customer yang nak mencarum takaful atau nak buat pelaburan dalam unit trust'. Tapi apakan daya, kerja takde. Rezeki harus dicari untuk terus hidup menampung diri dan keluarga.
Petang tu aku dan isteri seperti biasa ke Warung Mak Jenab di Sg Putat, Melaka dengan harapan dapat menjadi perunding takaful di bawah tunjuk ajar Zul. Lagi pun dia telah lama berkecimpung dalam takaful dan unit trust ni. Tapi nada Zul dalam telefon tadi macam tak bersungguh-sungguh untuk rekomen aku menjadi perunding takaful. Kenapa ye? Sementelahan lagi dia cakap ada satu lagi peluang kerjaya yang lebih mudah dan murah untuk menjana pendapatan dengan lebih cepat.
Waktu yang ditunggu telah tiba. Zul datang dengan Vios hitam berkilatnya. Tampak segak dan bergaya. Raut wajah seakan tidak sabar mahu menceritakan peluang kerjaya yang aku masih tidak diberitahu lagi mengenainya. Tepat sekali dugaan aku, perkara pertama yang yang muncul dari mulut dia ialah peluang bisnes dalam Monavie.
'Kenapa aku tak boleh jadi perunding takaful Zul'? tanya aku. 'Bukan tak boleh cuma penat kerja sebab kerja sorang-sorang. Lepas tu bila dah sampai satu tahap kalau orang atas tu tak nak kau potong level dia, dia tidak akan benarkan kau naik tahap lebih tinggi dari dia sebab dia akan kehilangan bonus dari kau sebagai orang bawah. Itu memang sikap tamak yang sukar dibuang dari minda orang kita' komen Zul panjang lebar.
Sebentar kemudian Zul dengan cerianya mengeluarkan satu pamplet dari suitcasenya. 'Monavie? Rasa macam kenal je nama nie', aku membuat andaian sendiri apabila terpandang perkataan tersebut. Ya aku kenal sebab dalam banyak-banyak rakan Facebook aku ada satu mamat tu yang memang otai Ebay tiba-tiba jual dan promote benda nie bersungguh-sungguh. 'Kau pernah dengar pasal benda nie ke Zari?' Zul tiba-tiba menyoal. 'Ya, aku pernah tengok orang promote produk nie bersungguh-sungguh dalam Facebook aku tapi aku tak ambil pusing sebab aku tahu produk nie dijual secara MLM. Aku memang skeptikal pasal MLM sebab aku dan isteri pernah menyertai Amway tapi tak menjadi.
Petang tu Zul explain detail mengenai Monavie tapi aku tak berapa minat mendengar sebab hati belum tergerak untuk menjadikan bisnes Monavie ini sebagai sesuatu pekerjaan tetap. Aku masih lagi mengharapkan satu pekerjaan yang yang membolehkan aku bekerja dan tidak duduk rumah begitu lama. Tiga bulan masa berlalu selepas balik dari UK terasa terlalu lama menganggur. Yang lebih berminat dan bertanya berbagai soalan ialah isteri aku. Di akhir pertemuan, dia terus menghulurkan wang keahlian RM60 untuk didaftarkan nama aku menjadi rakan niaga Zul. Aku terus rasa tak tentu arah sebab masih berbelah bagi antara menyertai Monavie atau terus mencari pekerjaan lain. Masa terus berlalu dan aku masih blur dalam beberapa hari setelah menjadi ahli dan rakan niaga Monavie kelolaan Zul.
No comments:
Post a Comment